Saturday, October 23, 2010

Siapakah kanak-kanak pemulihan ?

    • Kurang keyakinan diri sebab dikuasai rasa rendah diri
    • Tumpuan perhatian mudah terganggu dengan gangguan luar
    • Lemah dalam pertuturan( gagap / pelat / sengau )
    • Emosi tidak stabil
    • Tidak boleh menganalisis
    • Gangguan kesihatan ( sakit telinga / kudis )
    • Lemah menghubungkan sesuatu dengan benda lain
    • Tidak boleh mengingat kembali
    • Kurang daya usaha
    • Tingkahlaku melampau ( terlalu aktif, terlalu nakal, terlalu pendiam, ego )
    • Lemah dalam 3M
    • Kurang pengalaman dengan alam sekeliling
    • Tiada emosi
    • Tidak boleh bertindak balas dengan bebas
    • Suka merendah diri
    • Lemah koordinasi pancaindera dalam perkara seperti pengamatan
    • Kecerdasan otak minimum

Thursday, October 21, 2010

Dua kategori murid bermasalah

    
Pakar pendidikan khas mengatakan ada dua jenis murid bermasalah iaitu yang belum boleh menguasai kemahiran 3M ( membaca, menulis dan mengira ) dan yang kedua murid mengalami masalah pembelajaran keseluruhan.
      Pensyarah Pendidikan Khas ( Pemulihan ) sebuah maktab perguruan, berkata takrif murid bermasalah ialah murid yang belum menguasai kemahiran 3M atau tahap penguasaan yang lebih rendah berbanding rakan sekelas.
     Katanya murid bermasalah atau lembam mula mendapat perhatian di negara ini pada 1975, selepas beberapa guru pulang daripada berkursus di luar negar. Menurutnya, tiada ujian kecerdasan seperti di Barat untuk menentukan tahap penguasaan murid di negara ini tetapi tugas mengenali murid sedemikian bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk mengesan kelemahan muridnya. Semua murid berpotensi samada dari segi kecerdasan tetapi ada faktor tertentu seperti neurologi, psikologi dan persekitaran yang menyebabkan masalah itu.
    "Neurologi atau saraf bermaksud murid itu dilahirkan dengan sedikit kerosakan sistem sarafnya menyebabkan proses pembelajarannya agak lambat berbanding murid normal," katanya yang berpengalaman lebih 20 tahun sebagai guru pemulihan dan sebagai pensyarah pendidikan khas.
    Menurutnya, masalah psikologi pula lebih kepada jiwa atau pemikiran seperti jika murid Melayu dikatakan lemah Matematik oleh semua orang, kesudahannya murid itu betul-betul lemah atau tiada minat terhadap matapelajaran itu.
    "Saya simpulkan fenomena ini sebagai 'telahan terkabul sendiri' kerana jika kita sentiasa mengatakan sesuatu yang buruk, perkara itu lama-kelamaan akan betul-betul berlaku."
    "Sebaliknya, murid yang mendapat motivasi atau ransangan yang baik akan terus maju dan berminat dengan setiap matapelajaran,"katanya.
     Menurit beliau, faktor persekitaran pula membabitkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang membabitkan rakan sebaya dan guru kerana kaedah pengajaran guru juga boleh menyebabkan murid lemah terus ketinggalan.
     "Falsafah Pendidikan Negara menyatakan setiap kanak-kanak berhak mendapat pendidikan yang sempurna tetapi kadangkala, jika bilangan murid bermasalah ini kecil, guru mengajar secara biasa dan tidak memberi tumpuan khusus kepada murid bermasalah. Ini mengakibatkan murid ini tidak dapat menguasai tahap yang sepatutnya disebabkan kaedah yang tidak sesuai untuknya sedangkan dia mempunyai hak untuk mengatasi masalahnya," katanya.
    Katanya dalam kes itu, haknya dinafikan semata-mata kerana jumlah mereka dalam golongan itu sikit. Beliau berkata, Pekeliling Bahagian Sekolah menetapkan bilangan murid kelas pemulihan khas ialah antara 10-15 bagi murid kategori pertama.
   " Prinsip yang digunakan ialah semakin serius masalah, semakin kecil bilangan murid di dalam kelas pemulihan.Bagi kumpulan murid yang bermasalah pembelajaran keseluruhan, bilangan murid seharusnya tidak lebih daripada 5 orang," katanya.
    Menurutnya, aktiviti pemulihan yang dijalankan pula bergantung kepada keperluan dan kemampuan murid yang berkaitan. Misalnya jika topik operasi tambah dalam Matematik yang ingin di ajarkan, operasi tambah satu digit dengan satu digit yang tidak lebih daripada lima perlu dikuasai terlebih dahulu. Guru mesti mengawal tahap pencapaian dan mempertingkatkan prinsip yang digunakan ialah "biar lambat asal dapat".