Tuesday, September 3, 2013

Sinar Aidilfitri

Inilah wajah-wajah murid-muridku. Ada yang 'bekas murid pemulihan' dan ada yang masih lagi belajar denganku di kelas ini. Mungkin kenangan terakhir bagi murid-murid Tahun 6. Jika dahulu, 6 tahun yang lalu, ketika pertama kali mereka bersamaku, ada yang langsung tidak tahu mengeja. Inilah batch yang paling mencabar kerana hampir separuh kelas menghadapi masalah pembelajaran. Aku terpaksa mengajar 3 kumpulan  sekaligus pada ketika itu dan menyediakan pelbagai alat bantu mengajar yang berbeza untuk setiap kumpulan. Alhamdulillah, berkat kesabaran ( bukan mudah untuk mengajar murid yang bermasalah ), akkhirnya mereka dapat membaca, menulis dan mengira. Malah ada antara mereka yang lulus dalam ujian percubaan UPSR baru-baru ini.