Akhirnya saya mendapat satu kesimpulan yang menakutkan bahawa saya merupakan satu elemen yang muktamad di dalam sebuah darjah. Pendekatan pengajaran sayalah yang mencorakkan iklim sesebuah kelas. Angin sayalah yang juga turut mewarnai suasana pada sesuatu ketika. Sebagai seorang guru, saya mempengaruhi samaada pelajar itu akan sedih atau bahagia. Saya boleh menjadi individu yang menyeksakan atau sumber inspirasi. Saya boleh merendahkan, mentertawakan, melukakan atau menyembuhkan di dalam semua situasi. Respon sayalah yang akan menentukan samada sesuatu krisis itu menjadi bertambah buruk atau semakin reda dan seseorang itu menjadi insan yang kamil atau sebaliknya..-petikan dari sebuah buku.
Monday, February 21, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment