Monday, February 21, 2011

Guru Pencorak Peribadi Murid

Guru bukanlah sekadar pendidik yang mengajar di dalam kelas semata-mata, tetapi memainkan pelbagai peranan penting terutama dalam membentuk peribadi setiap muridnya..Guru sepatutnya mampu dan berkeupayaan untuk menjadi murabbi. Apa itu murabbi? murabbi bukanlah sekadar tugas mengajar di dalam kelas sahaja, tetapi lebih kepada mendidik, membimbing, menjadi idola dan inspirasi kepada muridnya. Seorang guru perlu memiliki akhlak yang baik, agar muridnya mampu melihat model sebenar kepada pembentukan peribadinya..Seorang guru yang baik dan berakhlak akan menjaga seluruh tingkah lakunya, dan tutur katanya pada setiap masa. Malah, niat yang utama seseorang guru akan tercermin dan tergambar dari setiap aspek kehidupannya. Menjaga akhlak dapat dilihat dari segi penampilannya, displin dirinya, serta komitmen kerjanya. Manakala dari segi tutur bicaranya, seorang guru tidak akan mengeluarkan kata-kata yang kesat kerana setiap kata-kata adalah doa.

No comments:

Post a Comment